Israel Bom Pengungsi, Ancam Luaskan Serangan ke Gaza
April 25, 2025
Yakinlah  bahawa  limpahan  rezeki  akan  datang melalui  amalan bersedekah. Hal  ini  tercatat  dalam  Surah  Al-Baqarah  ayat 245 maksudnya:  "Siapakah  orangnya  yang (mahu)  memberikan  pinjaman kepada  Allah  sebagai  pinjaman  yang  baik  (yang  ikhlas)  supaya  Allah  melipatgandakan  balasannya  dengan  berganda-ganda  banyaknya? Dan (ingatlah), Allah  jualah  Yang  menyempit  dan Yang  meluaskan  (pemberian  rezeki) dan  kepada-Nyalah  kamu  semua  dikembalikan."
Oleh  sebab  itu,  janganlah  takut  untuk  tidak  dikurniakan  rezeki, kerana  rezeki akan  datang  dari  pelbagai  sumber  yang  telah  ditentukan  oleh Allah SWT
Allah SWT sangat  menyayangi  dan  mengasih  hamba-hamba-Nya yang  sentiasa  berusaha  meningkatkan  keimanan  dan  ketakwaan  mereka  dari  semasa  ke  semasa dengan  melakukan segala  perintahnya  dan  meninggalkan segala  larangannya.  Mereka  berusaha siang  dan  malam  untuk  memastikan  tahap iman  dan  takwa  mereka  di  tahap  yang  terbaik  serta  di pandang oleh Allah SWT. Allah  berfirman dalam  Surah  Al  A'Raf a yat 96:  "Jikalau  sekiranya  penduduk  negeri-negeri  beriman  dan  bertakwa,  pastilah  Kami  akan  melimpahkan  kepada  mereka berkat  dari  langit  dan  bumi,  tetapi  mereka  mendustakan  (ayat-ayat  Kami)  itu,  maka  Kami  seksa  mereka  disebabkanperbuatannya."
Moga Allah SWT murahkan rezeki kita semua dengan asbab kebaikan dan amal saleh yang kita lakukan setiap hari, bukan bermusim atau kerana sesuatu keuntungan duniawi semata-mata. Buatlah semua ikhlas kerana Allah SWT. Percayalah rezeki yang halal lagi barakah itu akan datang bergolek.
0 Komentar